Wednesday, 3 August 2011

BAYAN ASAR MASTURAT SRI LANGKA 31/5/2011 (SELASA)

Bismilahirahmanirahim.
Nahmaduhu wa nusaolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah taala


Atas fikir dan risau Nabi saw, telah menyatukan orang-orang Mekah (Muhajirin),Madinah (Ansor), Parsi (Salman), Puak Qoraisy dan Yahudi.

Kehidupan di dunia ini sangat pendek dan sementara, lebih kurang 60 - 70 tahun. Ummat nabi-nabi as terdahulu, hidup dalam jangka hayat yang lebih lama. Zaman Nabi Musa as, seorang ibu menangis, anak telah meninggal dunia 200 tahun lalu. Nabi Musa as kata, kelak akan datang satu ummat, yang umur mereka sekitar 60 - 70 tahun sahaja.Ibu berhenti nangis dan kata, kalau macam itu umurku, nescaya aku akan habiskan untuk ibadat sahaja.

Kena usaha supaya hanya ada kebesaran Allah sahaja dalam diri kita. Kena lakukan USAHA, ia bukan boleh datang menggolek macam tu sahaja. Nabi Ibrahim as tanya , "Bagaimana Kau ya Allah dapat menghidupkan  yang telah mati?". Bukan tak percaya, tetapi untuk tambahkan imannya lagi. Allah suruh usaha iaitu ambil 4 ekor burung yang berlainan, cincang lumat dan letakkan di 4 puncak gunung yang berlainan.Nabi Ibrahim as pun lakukan usaha itu semata-mata untuk dapatkan iman yakin dengan kekuasaan dan kehebatan Allah. Allah suruh panggil burung itu kembali, burung pun datang terbang ke Nabi Ibrahum as, , jadi semula seperti asal. Begitu senang Allah boleh hidupkan yang telah mati, tetapi Allah suruh  Nabi Ibrahim as USAHA dulu , untuk dapatkan iman yakin.

Iman perlu diusahakan, untuk beri kesan kepada diri kita sendiri. Allah telah bersumpah dalam Surah Al Syams dengan 8 sumpahan iaitu

1. Demi Matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

2. dan Bulan apabila ia mengiringinya;
3. dan Siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
4. dan Malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi Langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
6. serta Bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
7. Demi diri Manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
 Beruntunglah orang-orang berUSAHA untuk memperbaiki diri dan celakalah bagi orang-orang yang tidak berUSAHA untuk memperbaiki dirinya. Iman ummat hari ini adalah iman warisan, turun-temurun, dan tanpa susah payah. Sedangkan ummat zaman Nabi saw, dapat iman dengan keadaan susah payah.
Contoh dari kisah-kisah sahabat rhum, Bilal ra kata, saat iman paling manis adalah apabila batu besar diletakkan atas dadaku di tengah padang pasir yang terik. Ini adalah mujahadah yang maksimum untuk mendapatkan iman yakin.Harta Siti Khadijah rha habis digunakan untuk korban sebarkan agama , hingga ketika wafat, tiada apa-apa yang tinggal. Usaha untuk susah payah mujahadah demi agama. Hasil dakwah Abu Bakar ra yang isytihar dirinya Islam di depan kaabah, Hamzah ra dapat Islam. Kafir Quraisy pukul Abu Bakar ra. hingga pengsan. Bila sedar dia tanya, "Bagaimana Rasulullah saw? Selagi aku tak jumpa Rasulullah saw, aku tidak akan makan". Dia tak fikir diri dia yang teruk kena pukul, tapi risau tentang keselamatan Nabi saw. Atas peristiwa ini, 3 hari kemudian Umar ra dapat hidayah. Wanita mainkan peranan yang penting, emak Abu Bakar ra , masuk islam pada hari yang sama.

Atas sebab ini, ibu-ibu dan anak-anak yang mulia, kita cuba ambil iktibar , amal dan sampaikan pada siapa yang tiada disini. Tangguh majlis dengan Tasbih Kifarah dan surah Wal Asr. Wasallam

BAYAN ASAR MASTURAT PAKISTAN 13/4/2008

Bismillahirahmanirrahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,

Begitu banyak nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Jika semua kayu-kayu balak di hutan dijadikan pen dan air laut dijadikan dakwat untuk tulis semua nikmat Allah, maka akan habislah semua kayu dan air laut, tetapi masih belum habis lagi ditulis semua nikmat-nuikmat Allah itu.

Kena usahakan yakin kepada kehebatan Allah dan hidup dalam keadaan beriman kepada Allah.Contoh wanita beriman adalah Asiah rha, yang hidup dengan Firaun. Asiah rha hidup dalam keadaan mujahadah untuk jaga iman di sisi suami yang kafir. Dia doa kepada Allah semoga Allah jauhkannya dari bencana Firaun dan kurniakannya sebuah bilik di syurga.

Contoh kedua adalah Maryam rha yang telah menerima banyak cemuhan daripada masyarakat . Malam dia qiamullail dan munajat kepada Allah. Allah beri nusrah kepada Maryam. Allah telah kirim makanan berupa buah-buahan di luar musim.Zakariya as kagum dengan ketaatan Maryam, dan doa semoga Allah berikan dia zuriat di usianya yang tua itu. Pengajaran dari cerita ini ; Hasil dari iman yang teguh, Allah kurniakan 3 perkara :

1. Allah sempurnakan rezeki yang halal dan mencukupi
2. Bila lihat orang beriman, iman orang lain pun turut meningkat
3.Allah berikan zuriat yang soleh.

Bila buat dakwah, Allah beri kekuatan kepada kita untuk baiki iman , keyakinan dan juga kehidupan kita.
Pengorbanan Siti Hajar rha, amalannya Allah rakam dalam ibadat Haji sebab Allah hargai dan suka amalan pengorbanannya yang bersungguh-sungguh. Semua sahabat dan sahabiah rhum telah buat pengorbanan dan susah payah yang bersungguh-sungguh. Agama telah tersebar ke seluruh alam hingga ke hari ini.

Apabila Nabi saw telah terima kerja kenabian , orang yang pertama tolong bantunya adalah seorang wanita iaitulah Siti Khadijah rha. Siti Khodijah rha telah korbannkan masa dan hartanya untuk kerja agama. Apabila beliau wafat, tiada duit untuk beli kain kafan dan tiada minyak dapat dinyalakan untuk lampu pelita.


Kita kena usahakan iman yakin dengan mengadakan halaqah Taklim membaca kitab Fadhail Amal sehingga 1/2 jam di rumah supaya semua isi rumah ada iman yakin.  Semoga Nur Hadis dan Nur Al Quran akan  terpancar di rumah-rumah kita. Jika buat istiqamah, insyallah Allah beri kesan.


Atas sebab ini, ibu-ibu dan anak-anak yang mulia, kita cuba ambil pengajaran, amal dan sampaikan kepada siapa yang tiada di sini. Tangguh majlis dengan tasbih kifarah dan Surah Wal Asr. Wallahu 'alam.