Wednesday, 3 August 2011

BAYAN ASAR MASTURAT SRI LANGKA 31/5/2011 (SELASA)

Bismilahirahmanirahim.
Nahmaduhu wa nusaolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah taala


Atas fikir dan risau Nabi saw, telah menyatukan orang-orang Mekah (Muhajirin),Madinah (Ansor), Parsi (Salman), Puak Qoraisy dan Yahudi.

Kehidupan di dunia ini sangat pendek dan sementara, lebih kurang 60 - 70 tahun. Ummat nabi-nabi as terdahulu, hidup dalam jangka hayat yang lebih lama. Zaman Nabi Musa as, seorang ibu menangis, anak telah meninggal dunia 200 tahun lalu. Nabi Musa as kata, kelak akan datang satu ummat, yang umur mereka sekitar 60 - 70 tahun sahaja.Ibu berhenti nangis dan kata, kalau macam itu umurku, nescaya aku akan habiskan untuk ibadat sahaja.

Kena usaha supaya hanya ada kebesaran Allah sahaja dalam diri kita. Kena lakukan USAHA, ia bukan boleh datang menggolek macam tu sahaja. Nabi Ibrahim as tanya , "Bagaimana Kau ya Allah dapat menghidupkan  yang telah mati?". Bukan tak percaya, tetapi untuk tambahkan imannya lagi. Allah suruh usaha iaitu ambil 4 ekor burung yang berlainan, cincang lumat dan letakkan di 4 puncak gunung yang berlainan.Nabi Ibrahim as pun lakukan usaha itu semata-mata untuk dapatkan iman yakin dengan kekuasaan dan kehebatan Allah. Allah suruh panggil burung itu kembali, burung pun datang terbang ke Nabi Ibrahum as, , jadi semula seperti asal. Begitu senang Allah boleh hidupkan yang telah mati, tetapi Allah suruh  Nabi Ibrahim as USAHA dulu , untuk dapatkan iman yakin.

Iman perlu diusahakan, untuk beri kesan kepada diri kita sendiri. Allah telah bersumpah dalam Surah Al Syams dengan 8 sumpahan iaitu

1. Demi Matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

2. dan Bulan apabila ia mengiringinya;
3. dan Siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
4. dan Malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
5. Demi Langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
6. serta Bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
7. Demi diri Manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
 Beruntunglah orang-orang berUSAHA untuk memperbaiki diri dan celakalah bagi orang-orang yang tidak berUSAHA untuk memperbaiki dirinya. Iman ummat hari ini adalah iman warisan, turun-temurun, dan tanpa susah payah. Sedangkan ummat zaman Nabi saw, dapat iman dengan keadaan susah payah.
Contoh dari kisah-kisah sahabat rhum, Bilal ra kata, saat iman paling manis adalah apabila batu besar diletakkan atas dadaku di tengah padang pasir yang terik. Ini adalah mujahadah yang maksimum untuk mendapatkan iman yakin.Harta Siti Khadijah rha habis digunakan untuk korban sebarkan agama , hingga ketika wafat, tiada apa-apa yang tinggal. Usaha untuk susah payah mujahadah demi agama. Hasil dakwah Abu Bakar ra yang isytihar dirinya Islam di depan kaabah, Hamzah ra dapat Islam. Kafir Quraisy pukul Abu Bakar ra. hingga pengsan. Bila sedar dia tanya, "Bagaimana Rasulullah saw? Selagi aku tak jumpa Rasulullah saw, aku tidak akan makan". Dia tak fikir diri dia yang teruk kena pukul, tapi risau tentang keselamatan Nabi saw. Atas peristiwa ini, 3 hari kemudian Umar ra dapat hidayah. Wanita mainkan peranan yang penting, emak Abu Bakar ra , masuk islam pada hari yang sama.

Atas sebab ini, ibu-ibu dan anak-anak yang mulia, kita cuba ambil iktibar , amal dan sampaikan pada siapa yang tiada disini. Tangguh majlis dengan Tasbih Kifarah dan surah Wal Asr. Wasallam

BAYAN ASAR MASTURAT PAKISTAN 13/4/2008

Bismillahirahmanirrahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,

Begitu banyak nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Jika semua kayu-kayu balak di hutan dijadikan pen dan air laut dijadikan dakwat untuk tulis semua nikmat Allah, maka akan habislah semua kayu dan air laut, tetapi masih belum habis lagi ditulis semua nikmat-nuikmat Allah itu.

Kena usahakan yakin kepada kehebatan Allah dan hidup dalam keadaan beriman kepada Allah.Contoh wanita beriman adalah Asiah rha, yang hidup dengan Firaun. Asiah rha hidup dalam keadaan mujahadah untuk jaga iman di sisi suami yang kafir. Dia doa kepada Allah semoga Allah jauhkannya dari bencana Firaun dan kurniakannya sebuah bilik di syurga.

Contoh kedua adalah Maryam rha yang telah menerima banyak cemuhan daripada masyarakat . Malam dia qiamullail dan munajat kepada Allah. Allah beri nusrah kepada Maryam. Allah telah kirim makanan berupa buah-buahan di luar musim.Zakariya as kagum dengan ketaatan Maryam, dan doa semoga Allah berikan dia zuriat di usianya yang tua itu. Pengajaran dari cerita ini ; Hasil dari iman yang teguh, Allah kurniakan 3 perkara :

1. Allah sempurnakan rezeki yang halal dan mencukupi
2. Bila lihat orang beriman, iman orang lain pun turut meningkat
3.Allah berikan zuriat yang soleh.

Bila buat dakwah, Allah beri kekuatan kepada kita untuk baiki iman , keyakinan dan juga kehidupan kita.
Pengorbanan Siti Hajar rha, amalannya Allah rakam dalam ibadat Haji sebab Allah hargai dan suka amalan pengorbanannya yang bersungguh-sungguh. Semua sahabat dan sahabiah rhum telah buat pengorbanan dan susah payah yang bersungguh-sungguh. Agama telah tersebar ke seluruh alam hingga ke hari ini.

Apabila Nabi saw telah terima kerja kenabian , orang yang pertama tolong bantunya adalah seorang wanita iaitulah Siti Khadijah rha. Siti Khodijah rha telah korbannkan masa dan hartanya untuk kerja agama. Apabila beliau wafat, tiada duit untuk beli kain kafan dan tiada minyak dapat dinyalakan untuk lampu pelita.


Kita kena usahakan iman yakin dengan mengadakan halaqah Taklim membaca kitab Fadhail Amal sehingga 1/2 jam di rumah supaya semua isi rumah ada iman yakin.  Semoga Nur Hadis dan Nur Al Quran akan  terpancar di rumah-rumah kita. Jika buat istiqamah, insyallah Allah beri kesan.


Atas sebab ini, ibu-ibu dan anak-anak yang mulia, kita cuba ambil pengajaran, amal dan sampaikan kepada siapa yang tiada di sini. Tangguh majlis dengan tasbih kifarah dan Surah Wal Asr. Wallahu 'alam.

Tuesday, 26 July 2011

BAYAN MASTURAT SRI LANGKA 30/5/2011

Bismillahirahmanirrahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,

Kita kena korban harta, masa dan diri untuk buat suatu perkara yang mulia. Hanya ummat Nabi Muhammad saw sahaja yang diberi anugerah untuk buat kerja Nabi saw. Allah tak pandang kepada KESAN kerja kita, tetapi Allah lihat kesungguhan dan doa yang diminta. Mesti ikhlas niat, nescaya kita dapat buat amal. Kelak Allah terima dan gandakan pahalanya 50 ribu kali ganda.

Allah beri jaminan syurga di akhirat, di mana tiada sakit dan tiada mati lagi. Allah benarkan buat apa yang disukai.Ratu dunia jika letak di sebelah bidadari, ratu dunia  itu akan hodoh , tetapi isteri  jika letak sebelah bidadari, isteri lebih cantik, umur dalam lingkungan 18tahun. Lelaki pula umur lingkungan 33 tahun iaitu usia Nabi Isa as ketika diangkat ke langit. Selalu ingatkan janji-janji Allah ini kepada suami.

Kita di dunia adalah dalam perjalanan untuk balik ke akhirat, sebab kita berasal dari akhirat. Gambaran akhirat ; jalan yang sempit, berbatu-batu, berbukit-bukit, bau busuk dan hujung ada api - ini gambaran perjalanan bagi orang yang celaka.

Di dunia , kita kena buat amalan yang selaras dengan amalan yang dibuat oleh Nabi saw ketika Baginda masih hidup lagi.  Cara hidup yang selaras dengan cara hidup Nabi saw, ii tak boleh bebas hidup cara yang kita sukai.

Allah perintahkan Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Nabi Adam as. Iblis tak nak sujud sebab rasa diri hebat, sedangkan iblis adalah tok guru kepada sekalian malaikat.  Ini kerana iblis ada penyakit sombong. Iblis telah dicampak untuk hidup di dunia., kerana dunia adalah tempat yang paling Allah benci.  Iblis di dunia , namanya ditukar kepada syaitan.


Iblis berjaya goda Nabi Adam as kerana Nabi ada sifat pelupa  . Nabi sebagai manusia (insan) dan ada sifat pelupa (nasia). Kita zuriat Nabi Adam as, dan ada sifat pelupa itu. Syaitan akan goda kita juga dan jadikan dunia ini sebagai umpannya. Syaitan tak mati-mati dan dia berkerja keras setiap masa.

3 TA yang digunakan ialah :  HARTA,  TAHTA  , WANITA. jadi jangan TATA kepada iman.

Atas maksud itu ibu-ibu yang dimuliakan, kita cuba ambil pengajaran, amalkan dan sampaikan kepada sesiapa yang tiada disini.

BAYAN ASAR 29/1/2009

Bismillahirahmanirrahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,

Muhasabah diri adakah iman kita bertambah atau tidak, begitu juga iman suami dan anak-anak ? Tarikh lahir semua orang sudah diketahui tetapi tarikh mati tiada orang yang tahu. Anak-anak lahir dengan tarikh lahir tapi bukan dengan tarikh mati. Untuk sempurnakan kehidupan dunia, kita sanggup berhabisan wang ringgit dan korbankan masa dan tenaga kita.

Hari ini kita ada tanggungjawab yang besar; ummat di hujung-hujung dunia, nama mereka sahaja yang tinggal  islam tetapi amalan tiada.  Bagaimana fikir risau Baginda Nabi saw yang bila lihat orang kafir lalu di depannya, menangis kerana dia ummatku ,tidak beriman , kelak masuk neraka selama-lama. Bagaimana dengan fikir kita hari ini ?

Suami, isteri  dan anak-anak semua kena jaga solat, jangan tidur selagi belum solat. Anak-anak tak solat, kelak bala datang dalam rumah. Kena fikir dan risau bagaimana solat dapat ditegakkan. Pergi  muka ke muka, rumah ke rumah, lorong ke lorong dan bagi tahu kepentingan solat. Jika dakwah tidak dilakukan, mereka akan tuntut kita di akhirat kelak.

Suami dan mahram lelaki kena digerak-gerakkan. Buat amalan 2 1/2 jam sehari , taklim masjid, mesyuarat harian dan mingguan, gasht tempatan dan masjid jiran, dan khuruj 72 jam atau 3 hari sebulan.

Jangan jadikan rumah seperti warung kopi atau panggung wayang di mana amalan makan minum berlangsung 24jam, dan peti TV dibuka 24 jam. Jika maksiat berleluasa di dunia kelak azab akan datang.

Usahakan taklim rumah yang sempurna dan muzakarah 6 sifat sahabat. Usaha tingkatkan masa taklim kepada 20 minit dan muzakarah selama 10 minit.Usaha solat di awal waktu dan habiskan bacaan Al Quran 1 juz sehari. Bukan hari-hari minum jus kurma atau jus buah-buahan aje.

Kena usaha tanamkan fikir dan risau tentang agama. Kena usahakan kehidupan yang sederhana, jangan sibuk tambah harta dunia. Bahkan kena sibuk tambah amalan agama kerana ini adalah matawang akhirat. Di dunia nampak tiada nilai tetapi kelak di akhirat, jika tidak cukup satu subhanallah pun dah menyesal kenapa di dunia tak lakukan. Kecilkan keperluan rumah, jangan ikut kemewahan.Kena tekan nafsu.

Usaha hidupkan suasana amalan sunnah dalam mendidik anak. Suasana percakapan dakwah, pakaian tutup aurat lelaki dan perempuan,  jaga pergaulan, jaga makanan halalan toiyibah dan akhlak mulia Nabi saw diajarkan lagi dan lagi.

Ijtimak dunia  bulan 7 nanti di Kuaters KLIA selepas 27 tahun tiada Ijtimak Dunia diadakan di Malaysia.  Usaha buat khidmat ,dan doa  semuga ijtimak berjaya. Hari ini fikiran kita penuh dan habis dek fikirkan perkara-perkara duniawi. Hari-hari nafsu fikirkan dunia.Iman tercabar. Kena belajar asingkan kerisauan duniawi , kena banyak sedih , jadikan Tahajud itu wajib , lalu  menangislah mengenangkan kehidupan di akhirat kita , bukan menangis kerana dunia. Azam di dunia tinggi, maka azam unuk kehidupan akhirat perlu lebih tinggi .


Atas maksud ini, ibu-ibu yang dimuliakan Allah, kita cuba amal dan sampaikan kepada siapa yang tiada di sini. Tangguh majlis dengan Tasbih kifarah dan Surah Wal Asr.

Monday, 25 July 2011

BAYAN ASAR 28/1/2009

Bismillahirahmanirahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah Taala sekalian,

Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah sementara, lebihkurang 60 hingga 70 tahun sahaja. Kelak kita akan kembali kepada Allah Taala dan amalan hidup kita akan dihisab samada ianya amalan yang baik atau buruk.

Apabila satu orang itu ambil agama, dia kena yakin dengan kebesaran Allah, yakin dengan kewujudan Allah,yakin bahawa  Allah berkuasa tadbir 7 petala langit dan bumi , semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah dan datang dari Allah. Hatta dedaun yang gugur pun adalah atas kehendak Allah. Bagaimana langit ada tanpa tiang, tumbuh-tumbuhan datang dari tanah dan air yang sama, ini semua adalah kejadian ciptaan tuhan, dan semuanya Allah telah cipta untuk manusia.

Iman perlu diusahakan, kerana iman ada pencurinya ii syaitan. Kena usaha atas solat, kena buat taat cara Nabi saw , kena bawa semua sunnah dalam solat , baru dapat buat taat cara Nabi saw . Ini kerana solat ibarat kepala pada badan.Yakin dengan hakikat solat ii bagaimana nak zahirkan amalan zikir ke luar solat. Usaha atas solat awal waktu, sebelum suami siap pergi masjid, isteri kena siapkan diri juga untuk solat di rumah. Ini kerana darjat solat terlalu tinggi, bagaimana cuma dengan solat 2 rakaat sahaja saya boleh selesaikan semua masalah dunia.

Yakin bahawa nilai solat  terlalu tinggi :
1.dijamin keberkatan rezeki di dunia
2.terlepas dari azab kubur di alam barzakh
3.menerima buku catatan amal dengan tangan kanan di Mahsyar
4.dapat melintas titian sirat sepantas kilat
5.masuk syurga tanpa hisab.
Soalan yang pertama ditanya dalam kubur adalah tentang solat.

Kemudian , usahakan halaqah taklim dan taklum di rumah. Usahakan hari-hari. Buat secara istiqamah, panggil semua ahli keluarga dengar taklim, semoga nur Al Quran dan nur hadis masuk ke dalam hati-hati mereka. Kelak hati jadi lembut, mudah taat Allah dan rasul. Mudah ikut nasihat ibubapa dan guru-guru.

Usaha habiskan haq Al Quran harian, Al Quran adalah teman dalam kubur, saksi yang saksinya diterima di akhirat kelak.

Usaha habiskan zikir harian:
1.Baca Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar ..........100X pagi dan 100X petang
2.Baca Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..........100X pagi dan 100X petang
3.Baca Astaghfirullahal 'azim........100Xpagi dan 100Xpetang
4. Baca Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin..........100Xpagi dan 100X petang

Usaha didik anak cara sunnah Nabi saw, ii dari segi pakaian, percakapan, makanan dan tingkahlaku. Ajar anak-anak doa-doa masnun dan hadis Nabi saw, yang apabila dia buat sesuatu perkara, dia boleh ingat satu  doa masnun atau hadis Nabi saw mengenainya.

Usaha hidup cara sederhana, beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. Ikut cara hidup Nabi saw , kerana cara hidup Nabi saw adalah ikhlas yang paling tinggi.

Usaha  bagi masa untuk dakwah dan tabligh. Allah beri semua orang aset berharga yang sama ii masa hidup 24jam sehari semalam.   Korbankan sekurang-kurangnya 2 1/2 jam untuk usaha mijaz Nabi saw. Buat dakwah muka ke muka dan dari pintu ke pintu, cara Nabi saw telah buat dahulu. Tujuannya untuk didik hati dan  cuci hati dari sifat mazmumah, supaya dapat belajar sifat mahmudah. Letak hati rendah di sisi makhluk. Ini kerja saya, saya bantu sebar agama Allah.

Insyallah ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah sekalian, kita cuba amal dan sampaikan kepada sesiapa yang tiada di sini.Tangguh majlis dengan tasbih kifarah dan Surah Wal Asr.