Bismillahirahmanirrahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,
Muhasabah diri adakah iman kita bertambah atau tidak, begitu juga iman suami dan anak-anak ? Tarikh lahir semua orang sudah diketahui tetapi tarikh mati tiada orang yang tahu. Anak-anak lahir dengan tarikh lahir tapi bukan dengan tarikh mati. Untuk sempurnakan kehidupan dunia, kita sanggup berhabisan wang ringgit dan korbankan masa dan tenaga kita.
Hari ini kita ada tanggungjawab yang besar; ummat di hujung-hujung dunia, nama mereka sahaja yang tinggal islam tetapi amalan tiada. Bagaimana fikir risau Baginda Nabi saw yang bila lihat orang kafir lalu di depannya, menangis kerana dia ummatku ,tidak beriman , kelak masuk neraka selama-lama. Bagaimana dengan fikir kita hari ini ?
Suami, isteri dan anak-anak semua kena jaga solat, jangan tidur selagi belum solat. Anak-anak tak solat, kelak bala datang dalam rumah. Kena fikir dan risau bagaimana solat dapat ditegakkan. Pergi muka ke muka, rumah ke rumah, lorong ke lorong dan bagi tahu kepentingan solat. Jika dakwah tidak dilakukan, mereka akan tuntut kita di akhirat kelak.
Suami dan mahram lelaki kena digerak-gerakkan. Buat amalan 2 1/2 jam sehari , taklim masjid, mesyuarat harian dan mingguan, gasht tempatan dan masjid jiran, dan khuruj 72 jam atau 3 hari sebulan.
Jangan jadikan rumah seperti warung kopi atau panggung wayang di mana amalan makan minum berlangsung 24jam, dan peti TV dibuka 24 jam. Jika maksiat berleluasa di dunia kelak azab akan datang.
Usahakan taklim rumah yang sempurna dan muzakarah 6 sifat sahabat. Usaha tingkatkan masa taklim kepada 20 minit dan muzakarah selama 10 minit.Usaha solat di awal waktu dan habiskan bacaan Al Quran 1 juz sehari. Bukan hari-hari minum jus kurma atau jus buah-buahan aje.
Kena usaha tanamkan fikir dan risau tentang agama. Kena usahakan kehidupan yang sederhana, jangan sibuk tambah harta dunia. Bahkan kena sibuk tambah amalan agama kerana ini adalah matawang akhirat. Di dunia nampak tiada nilai tetapi kelak di akhirat, jika tidak cukup satu subhanallah pun dah menyesal kenapa di dunia tak lakukan. Kecilkan keperluan rumah, jangan ikut kemewahan.Kena tekan nafsu.
Usaha hidupkan suasana amalan sunnah dalam mendidik anak. Suasana percakapan dakwah, pakaian tutup aurat lelaki dan perempuan, jaga pergaulan, jaga makanan halalan toiyibah dan akhlak mulia Nabi saw diajarkan lagi dan lagi.
Ijtimak dunia bulan 7 nanti di Kuaters KLIA selepas 27 tahun tiada Ijtimak Dunia diadakan di Malaysia. Usaha buat khidmat ,dan doa semuga ijtimak berjaya. Hari ini fikiran kita penuh dan habis dek fikirkan perkara-perkara duniawi. Hari-hari nafsu fikirkan dunia.Iman tercabar. Kena belajar asingkan kerisauan duniawi , kena banyak sedih , jadikan Tahajud itu wajib , lalu menangislah mengenangkan kehidupan di akhirat kita , bukan menangis kerana dunia. Azam di dunia tinggi, maka azam unuk kehidupan akhirat perlu lebih tinggi .
Atas maksud ini, ibu-ibu yang dimuliakan Allah, kita cuba amal dan sampaikan kepada siapa yang tiada di sini. Tangguh majlis dengan Tasbih kifarah dan Surah Wal Asr.