Bismillahirahmanirrahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu yang dimuliakan oleh Allah sekalian,
Kita kena korban harta, masa dan diri untuk buat suatu perkara yang mulia. Hanya ummat Nabi Muhammad saw sahaja yang diberi anugerah untuk buat kerja Nabi saw. Allah tak pandang kepada KESAN kerja kita, tetapi Allah lihat kesungguhan dan doa yang diminta. Mesti ikhlas niat, nescaya kita dapat buat amal. Kelak Allah terima dan gandakan pahalanya 50 ribu kali ganda.
Allah beri jaminan syurga di akhirat, di mana tiada sakit dan tiada mati lagi. Allah benarkan buat apa yang disukai.Ratu dunia jika letak di sebelah bidadari, ratu dunia itu akan hodoh , tetapi isteri jika letak sebelah bidadari, isteri lebih cantik, umur dalam lingkungan 18tahun. Lelaki pula umur lingkungan 33 tahun iaitu usia Nabi Isa as ketika diangkat ke langit. Selalu ingatkan janji-janji Allah ini kepada suami.
Kita di dunia adalah dalam perjalanan untuk balik ke akhirat, sebab kita berasal dari akhirat. Gambaran akhirat ; jalan yang sempit, berbatu-batu, berbukit-bukit, bau busuk dan hujung ada api - ini gambaran perjalanan bagi orang yang celaka.
Di dunia , kita kena buat amalan yang selaras dengan amalan yang dibuat oleh Nabi saw ketika Baginda masih hidup lagi. Cara hidup yang selaras dengan cara hidup Nabi saw, ii tak boleh bebas hidup cara yang kita sukai.
Allah perintahkan Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Nabi Adam as. Iblis tak nak sujud sebab rasa diri hebat, sedangkan iblis adalah tok guru kepada sekalian malaikat. Ini kerana iblis ada penyakit sombong. Iblis telah dicampak untuk hidup di dunia., kerana dunia adalah tempat yang paling Allah benci. Iblis di dunia , namanya ditukar kepada syaitan.
Iblis berjaya goda Nabi Adam as kerana Nabi ada sifat pelupa . Nabi sebagai manusia (insan) dan ada sifat pelupa (nasia). Kita zuriat Nabi Adam as, dan ada sifat pelupa itu. Syaitan akan goda kita juga dan jadikan dunia ini sebagai umpannya. Syaitan tak mati-mati dan dia berkerja keras setiap masa.
3 TA yang digunakan ialah : HARTA, TAHTA , WANITA. jadi jangan TATA kepada iman.
Atas maksud itu ibu-ibu yang dimuliakan, kita cuba ambil pengajaran, amalkan dan sampaikan kepada sesiapa yang tiada disini.