Bismillahirahmanirahim.
Nahmaduhu wa nusolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah Taala sekalian,
Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah sementara, lebihkurang 60 hingga 70 tahun sahaja. Kelak kita akan kembali kepada Allah Taala dan amalan hidup kita akan dihisab samada ianya amalan yang baik atau buruk.
Apabila satu orang itu ambil agama, dia kena yakin dengan kebesaran Allah, yakin dengan kewujudan Allah,yakin bahawa Allah berkuasa tadbir 7 petala langit dan bumi , semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah dan datang dari Allah. Hatta dedaun yang gugur pun adalah atas kehendak Allah. Bagaimana langit ada tanpa tiang, tumbuh-tumbuhan datang dari tanah dan air yang sama, ini semua adalah kejadian ciptaan tuhan, dan semuanya Allah telah cipta untuk manusia.
Iman perlu diusahakan, kerana iman ada pencurinya ii syaitan. Kena usaha atas solat, kena buat taat cara Nabi saw , kena bawa semua sunnah dalam solat , baru dapat buat taat cara Nabi saw . Ini kerana solat ibarat kepala pada badan.Yakin dengan hakikat solat ii bagaimana nak zahirkan amalan zikir ke luar solat. Usaha atas solat awal waktu, sebelum suami siap pergi masjid, isteri kena siapkan diri juga untuk solat di rumah. Ini kerana darjat solat terlalu tinggi, bagaimana cuma dengan solat 2 rakaat sahaja saya boleh selesaikan semua masalah dunia.
Yakin bahawa nilai solat terlalu tinggi :
1.dijamin keberkatan rezeki di dunia
2.terlepas dari azab kubur di alam barzakh
3.menerima buku catatan amal dengan tangan kanan di Mahsyar
4.dapat melintas titian sirat sepantas kilat
5.masuk syurga tanpa hisab.
Soalan yang pertama ditanya dalam kubur adalah tentang solat.
Kemudian , usahakan halaqah taklim dan taklum di rumah. Usahakan hari-hari. Buat secara istiqamah, panggil semua ahli keluarga dengar taklim, semoga nur Al Quran dan nur hadis masuk ke dalam hati-hati mereka. Kelak hati jadi lembut, mudah taat Allah dan rasul. Mudah ikut nasihat ibubapa dan guru-guru.
Usaha habiskan haq Al Quran harian, Al Quran adalah teman dalam kubur, saksi yang saksinya diterima di akhirat kelak.
Usaha habiskan zikir harian:
1.Baca Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar ..........100X pagi dan 100X petang
2.Baca Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..........100X pagi dan 100X petang
3.Baca Astaghfirullahal 'azim........100Xpagi dan 100Xpetang
4. Baca Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin..........100Xpagi dan 100X petang
Usaha didik anak cara sunnah Nabi saw, ii dari segi pakaian, percakapan, makanan dan tingkahlaku. Ajar anak-anak doa-doa masnun dan hadis Nabi saw, yang apabila dia buat sesuatu perkara, dia boleh ingat satu doa masnun atau hadis Nabi saw mengenainya.
Usaha hidup cara sederhana, beli barang ikut keperluan bukan ikut nafsu. Ikut cara hidup Nabi saw , kerana cara hidup Nabi saw adalah ikhlas yang paling tinggi.
Usaha bagi masa untuk dakwah dan tabligh. Allah beri semua orang aset berharga yang sama ii masa hidup 24jam sehari semalam. Korbankan sekurang-kurangnya 2 1/2 jam untuk usaha mijaz Nabi saw. Buat dakwah muka ke muka dan dari pintu ke pintu, cara Nabi saw telah buat dahulu. Tujuannya untuk didik hati dan cuci hati dari sifat mazmumah, supaya dapat belajar sifat mahmudah. Letak hati rendah di sisi makhluk. Ini kerja saya, saya bantu sebar agama Allah.
Insyallah ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah sekalian, kita cuba amal dan sampaikan kepada sesiapa yang tiada di sini.Tangguh majlis dengan tasbih kifarah dan Surah Wal Asr.