Sunday, 24 July 2011

BAYAN ASAR 13/5/2008

Bismilahirahmanirahim.
Nahmaduhu wa nusaolli 'ala rasulihil karim.
Ibu-ibu dan anak-anak yang dimuliakan oleh Allah taala,
 
Malaikat telah bawa roh kita ke dalam rahim ibu yang beriman kepada Allah. Ini adalah nikmat daripada Allah kepada kita, sebab Allah lahirkan kita bukan dari rahim ibu yang kafir.

Dunia ini Allah beri kepada sesiapa sahaja hatta kepada Firaun ; Allah beri dia kerajaan, kuasa dan segala-galanya. Tetapi DIN dan KERJA AGAMA cuma diberi kepada orang-orang yang Allah pilih sahaja, daripada kalangan Nabi-nabi iaitu dari Nabi Adam, Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan akhirnya kepada Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang terpilih sahaja.Allah pilih kita libatkan diri dalam kerja agama, dengan sebab ini kena syukur kepada Allah.

Tamsilan cerita : Satu orang manager atau taukeh dalam perjalanan bersama-sama 4 pekerja, 2 orang beriman. Terdengar azan maghrib dilaungkan. Pekerja beriman minta izin nak solat. Lama-lama pekerja tak keluar-keluar dari masjid, taukeh laung suruh keluar. Pekerja jawab, orang di dalam ni yang tak benarkan engkau masuk ke dalam telah tahan kami dari keluar dari masjid ini.

Allah gunakan orang lelaki dan perempuan untuk buat kerja agama. Tetapi manusia letakkan kehidupan dunia di depan mereka supaya mereka rasa diri mereka berjaya.Tetapi kejayaan sebenar adalah apabila dapat buat kerja agama di dunia.

Ummat ini akan berjaya apabila seluruh kehidupan Nabi saw dapat dibawa dalam kehidupan seharian kita. Setiap lelaki kena fikir bagaimana semua masjid di muka bumi dapat jadi seperti Masjid Nabawi. perempuan pula kena fikir supaya rumah-rumah dapat jadi mirip-mirip seperti suasana masjid.

Sesiapa yang ingin memahami syariat agama, kena faham sirah ii detik-detik dalam kehidupan nabi saw. Apabila suami dapat isteri seperti Khodijah rha, dia akan dapat sokongan dan dorongan untuk berjaya dalam usaha agama. Tetapi ada juga isteri seperti isteri nabi Nuh yang jadi pemusnah dan pengkhianat agama.

Di zaman Nabi saw, bukan sahaja sahabat, tetapi sahabiah juga ada keinginan dalam hati mereka untuk buat pengorbanan atas agama. Di rumah Ummu Harram rha, Nabi  saw terbangun dalam keadaan tersenyum. Ummi Harram  rha tanya , kenapa, Nabi saw jawab, dia terlihat satu kapal yang ramai orang islam didalamnya. Ummi Harram rha minta supaya doakan dia masuk dalam kapal itu. Nabi saw doakan.

Nabi saw tidur lagi,bangun dalam keadaan tersenyum. Mimpi yang sama. Ummi Harram rha suruh doakan. Nabi saw kata, kamu dalam jemaah 1 sahaja tiada dalam ke 2.

Orang-orang Islam dipilih untuk buat usaha agama di Cyprus. Ummi Harram rha ada di dalamnya. Kemudian, kemalangan telah berlaku di mana Ummi Harram rha jatuh dari  keldai dan dikebumikan di Cyprus.

1 surah dalam Al Quran mengenai usaha agama, Surah Muzzammil, di waktu malam doa kepad Allah, di waktu siang berenang di tengah-tengah manusia sebab berenang tidak boleh berhenti, nanti tenggelam.
Mafhum Ayat :

1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
5. (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;


Abu Bakar ra dan Abu Zar Al Ghifari ra buat kerja dakwah jadi mutafakkirin orang-orang yang mempunyai kerisauan atas usaha agama. Iman dipertingkatkan dengan perantaraan usaha dakwah. Para sahabat, tiada sebarang perintah lain selain dakwah sehingga Israk mikraj, sahabat kata, kami 12 tahun bina iman.

Kita ummat akhir zaman, buat solah tetapi dalam hati iman kosong, untuk datangkan kalimah iman dalam hati memang  susah, untuk datangkan kalimah iman di mulut, senang. Hati seperti sepan, jika diperah akan keluarkan air yang diserap. Bila hati letak dalam suasana dunia ; makanan, kemewahan, perkara-perkara ini akan datang dalam kehidupan. Jika diberi topik baju, orang boleh cerita tentang baju selama 1/2 jam, sebab kebesaran baju ada dalam hatinya.begitu juga kereta, perhiasan ,makanan dan lain-lain, hati lemas  lalu tenggelam dalam dunia.

Jenazah nak dikebumikan, tunggu dulu sebab ada orang nak datang ziarah jenazah.Letak tepi kubur, orang sekeliling sibuk cerita tentang perniagaan dan kehidupan lagi, walaupun depan mata ada jenazah. Amalan yang macam mana hendak kita persembahkan kepada Allah?

Sahabat tanya Nabi saw , apa itu iman? Nabi saw jawab, iman itu bila buat kebaikan gembira tetapi bila buat kejahatan, rasa sedih. Hari ini, orang gembira sebab dapat tukar kereta baru, dapat kahwin isteri cantik, dapat beli perhiasan dll , ini tidak gambarkan iman dalam hati mereka.

2 tanda bagi orang yang sihat ialah, akan dapat rasa lapar dan dahaga serta boleh tidur lebihkurang 6 jam sehari. Tetapi jika sakit; contohnya muntah, dia tak boleh tidur  dan tak boleh makan serta minum. Orang yang imannya sihat, akan bawa orang itu buat amalan solat, zakat dll dengan betul.Orang yang iman dia sakit, tidak dapat buat amalan dengan betul. Maka semua amalan dia ada kerosakan.

Orang yang sakit, tidak dapat tidur dan makan dengan sempurna, dia tahu dia sakit, kena check diri , sebab cuma diri kita yang tahu kita sakit. Dia kena baiki diri dengan makan ubat. Begitu juga jika iman sakit, kita check iman kita dan baiki sebab di akhirat kelak, kiraman dan khatibin yang catat amalan kita akan serah buku amalan kita, dan kita disuruh baca isinya.

Sahabat dan sahabiah telah usaha sebegitu rupa dengan meletakkan bayangan syurga di depan mereka. Atas sebab ini, kita kena usaha supaya taklim dan muzakarah 6 perkara dapat dihidupkan dalam rumah,  ii supaya kita dapat bincangkan pesanan-pesanan Nabi saw kepada kita. Hidup sederhana dalam pakaian, makanan dll supaya dapat hidup mirip-mirip cara Nabi saw.Jaga maruah,  kerana wanita beriman yang paling mulia ialah yang usaha supaya matanya tidak melihat lelaki ajnabi dan auratnya juga tidak dapat dilihat pula oleh lelaki ajnabi. Usaha untuk baiki akhlak dengan jiran.

Wallahu 'alam. Insya Allah ibu-ibu dan anak-anak yang mulia, kita tangguhkan majlis dengan tasbih kifarah dan surah Wal Asr.